Tuesday, March 17, 2015

PENGAJIAN MALAYSIA-Peranan Akhbar dan Majalah

PENDAHULUAN

Pergerakan kesedaran baru dalam kalangan orang Melayu yang berkembang selaras dengan perkembangan akhbar bermula awal kurun ke-20. Melalui akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang perkembangan di Tanah Melayu dan di negara luar. Antara akhbar dan majalah yang telah menyumbangkan peranan dalam menimbulkan kesedaran sosial dan politik masyarakat Melayu pada awal kurun ke-20 ialah Al-Imam (1906-1908), Saudara (1928-1941), Pengasuh (1918-1938), Majlis (1930-1940) dan Warta Malaya (1930-1941). Penyebaran maklumat dari luar negara seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia Tenggaara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera negara ini. Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan yang sedang berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk menyalurkan pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka.


SINOPSIS

                   Peranan akhbar dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan ialah membincangkan isu berkaitan orang Melayu secara meluas untuk meningkatkan semangat nasionalisme. Isu ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama isu politik yang mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. Seterusnya, mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya. Menolak dasar pilih kasih dalam pentadbiran. Seterusnya isu ekonomi menggalakkan syarikat bekerjasama meminta mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu. Manakala isu pendidikan dan sosial pula ialah menggalakkan pendidikan anak perempuan, menggalakkan tabungan dalam kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak, dan memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. Antara akhbar yang membantu dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.

                    Manakala peranan majalah pula membangkitkan persoalan pendidikan anak-anak Melayu, perpaduan dalam kalangan orang Melayu, semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan isu ini dibangkitkan di dalam majalah guru. Seterusnya, majalah pengasuh pula membangkitkan persoalan menggesa orang Melayu menjauhi sifat buruk, memperluas ilmu dalam semua bidang dan menggalakkan pendidikan dalam kalang orang Melayu. Akhir sekali, majalah bulan Melayu mengutarakan isu menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru perempuan Johor, menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan dan mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

                   Kesimpulannya, jelaslah peranan akhbar dan majalah merupakan gerakkan kesedaran kebangsaan kepada orang Melayu yang memberi impak yang besar dalam melahirkan semangat nasionalisme untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.


1. Penulis akhbar yang terkenal :

Zainal Abidin Ahmad (1920-an), Onn bin Jaafar dan Abdul Rahim Kajai (1930-an)

2. Akhbar yang terkenal :

     a. Warta Malaya

     b. Lembaga Malaya

     c. Majlis

     d. Utusan Melayu

     e. Warta Negara

     f. Fajar Sarawak


  • Tulisan penulis-penulis tersebut telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu.
  • Mengkritik dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu.
  • Persoalan tentang sosial @ pendidikan, ekonomi dan politik yang dibangkitkan oleh akhbar secara menyeluruh tahun 1930-an bertujuan untuk menyedarkan & memajukan orang Melayu.

AKHBAR DAN ISU YANG DIBANGKITKAN

1. Sosial/Pendidikan
  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
  • Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha.
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu (pertukangan dan kerja tangan)
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
  • Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat.
2. Ekonomi

  • Menggalakkan syarikat kerjasama
  • Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan
  • Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.
  • Melarang orang Melayu menjual tanah.
  • Menyeru orang Melayu berjimat cermat
  • Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
3. Politik

  • Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
  • Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
  • Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

MAJALAH

i. Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana & puisi yang disiarkan.

ii. Sehingga tahun 1940-an - terdapat 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan.

iii. Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik anti            penjajahan & orang asing.

iv. Antara majalah terkenal : Majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930)


A. Majalah Guru
Pengarangnya : Muhamad Dato' Muda Linggi, Yusuf Ahmad, Mohd Sidin Rashid

Antara isu yang diperjuangkan : 
  • Pendidikan anak-anak Melayu
  • Menyeru perpaduan orang Melayu
  • Meniupkan semangat cinta akan negara.
  • Membaiki taraf hidup orang Melayu.
  • Memajukan bahasa & sastera Melayu.
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

B. Majalah Pengasuh
Pengarangnya : Dato' Nik Mohamad

Antara isu yang diperjuangkan :

  • Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah.
  • Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
  • Memperluas ilmu dalam semua bidang
  • Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
  • Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk.

C. Majalah Bulan Melayu
Pengarangnya : Zainon Sulaiman

Antara isu yang diutarakan : 

  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
  • Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri.
  • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.
  • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.


PENYATAAN  MASALAH


Masyarakat kini kurang minat membaca akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat memperjuangkan kebangsaan. Mereka lebih cenderung kepada majalah berbentuk picisan. Selain itu, kami juga dapati tokoh-tokoh yang terlibat dalam penulisan akhbar dan majalah dalam usaha mereka memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan semakin dilupakan. Oleh itu, kami jalankan kajian ini bertujuan untuk mendidik minda masyarakat agar dapat menanamkan semangat patriotisme yang tinggi dalam setiap individu.

OBJEKTIF KAJIAN

1   Mengenal pasti akhbar-akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan.
2    Mengenal pasti program-program yang mampu menyuntik semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
3   Mengetahui jasa dan usaha tokoh-tokoh yang terlibat dalam aktiviti memperjuangkan semangat kebangsaan dalam bidang penulisan.


METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah kajian bagi menyempurnakan kajian kami ke atas tajuk “Peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan. Antaranya ialah :-

                   I.            MELAYARI INTERNET

                 Melalui kajian ini, kami telah mencari maklumat mengenai peranan akhbar dan majalah dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan. Banyak maklumat telah kami peroleh melalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang kami layari ialah https://www.google.com.my/webhp?sorceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=contoh+folio+peranan+akhbar+dan+majalah+dalam+memperjuangkan+semangat+kebangsaan.
Kami telah memuat turun dan mencetak bahagian berkenaan untuk kami gunakan dalam kajian kami.



                II.            KAEDAH PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN

Kajian ini menggunakan kajian penyelidikan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk “Peranan akhbar dan majalah dan idea-idea memperjuangkan semangat kebangsaan”. Maklumat-maklumat ini diperoleh melalui akhbar, buku-buku da journal.


             III.            KAJIAN LAPANGAN

Sepanjang kajian ini, kami juga telah menggunakan kaedah lapangan. Kaedah lapangan yang kami gunakan ialah:-

Ø  Soal Selidik.
Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden untuk
menjalankan penyelidikan tentang  tajuk kajian kami.


KEPENTINGAN KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan  sama ada  kepada penyelidikan atau pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan dalam diri, masyarakat dan negara.

Ø  Kepentingan kepada Individu
Kajian ini dijalankan untuk menanam sifat patriotisme dalam diri setiap individu. Justeru itu, dapat memupuk semangat kebangsaan dalam diri secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara. Selain itu, mendapat pengajaran serta menjadikan ia satu teladan dalam diri setiap individu.

Ø  Kepentingan kepada Masyarakat
Kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dapat menyemarakkan konsep perpaduan dalam pelbagai kaum di negara ini. Demikian itu, masyarakat juga tanah air.


Ø  Kepentingan kepada Negara
Kajian ini dijalankan untuk memberi implikasi yang berfaedah terhadap negara. Secara tidak langsung negara akan keamanan dan keharmonian kerana di sini negara mempunyai masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri khalifah untuk mentadbir negara ke arah kemajuan dan mengawal kestabilan serta keselamatan negara terjamin dari ancaman anasir luar. 




DAPATAN KAJIAN:

Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar PNS dalam idea-idea semangat patriotisme dan mengenal pasti program-program yang dapat membantu dan memupuk semangat cinta akan negara di kalangan masyarakat dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang jasa-jasa dan tokoh-tokoh yang terlibat dalam aktiviti memperjuangkan tanah air.






 Bahagian B : 

Mengenal pasti akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea semangat kebangsaan.









Bahagian C: Mengenal pasti program-program yang mampu memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
 























Berdasarkan graf di atas kajian ini dapati bahawa kebanyakkan respondan sangat bersetuju terhadap program motivasi yang berkaitan dengan sejarah agar dapat menyuntik semangat kebangsaan di kalangan pelajar. Selain itu, kebanyakkan respondan tidak bersetuju dengan program-program seperti khidmat negara dipanjangkan tempoh latihan. Manakala, kebanyakkan pelajar juga memberikan respondan bersetuju dengan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan yang berkaitan dengan sejarah kerana dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar.













Bahagian D: Mengetahui jasa-jasa dan usaha tokoh-tokoh yang terlibat dalam aktiviti memperjuangkan semangat kebangsaan dalam bidang penulisan
 












Berdasarkan graf di atas kajian ini dapati bahawa kebanyakkan respondan bersetuju untuk  menjadikan filem patriotisme sebagai menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang jasa-jasa dan tokoh yang memperjuangkan tanah air. Manakala, kebanyakkan respondan sangat besetuju untuk menjadikan tokoh-tokoh sebagai satu contoh semangat dalam mempertahankan negara tercinta.






 KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan akhbar dan majalah dalam menggerakkan kesedaran orang Melayu amat jelas. Isu-isu berkaitan sosial, ekonomi, dan politik yang disiarkan menyebabkan pembaca mendapat idea baru dan pendedahan tentang gerakan nasionalisme di luar dan di dalam negara. Mereka dapat membandingkan dan menilai kesan penjajahan terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan dan politik.
Apa yang kami dapat simpulkan ialah penting untuk memahami dan mengetahui tentang kewujudan akhbar dan majalah di tanah air suatu ketika dahulu. Selain itu, kemunculan kahbar dan majalah dapat membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai penceritaan yang tersendiri. Dengan pemahaman ini, maka dapatlah generasi kemudiannya mengetahui dan memahami idea-idea dalam memperjuangkan semangat kebangsaan.
Sumbangsaranan daripada kami ialah masyarakat dapat mengetahui peranan akhbar dan majalah dalam membangkitkan semangat kebangsaan. Selain itu, orang ramai dapat mengetahui akhbar dan majalah yang terlibat dalam membangkitkan semangat kebangsaan.
 

LAMPIRAN 



Soalan bagi dapatan kajian

                                   
Majalah Guru
Akhbar Majalah
Majalah Pengasuh

Akhbar Utusan Melayu

Majalah Bulan Melayu

           


TOKOH AKHBAR







 Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

Zainal Abidin Ahmad  dilahirkan pada 16 September 1895. Beliau dikenali sebagai Zaaba.Beliau  merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraanBeliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan IdrisZaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
 Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam  bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang.




Tokoh Majalah Bulan Melayu



Zainon Sulaiman


 Zainon dilahirkan di NyalasMelaka. Zainon  merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Zainon bertuah kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pendidikan di kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, selain daripada belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar 'munshi'. Daripada beliaulah, Zainon  mendapat pendidikan tidak formalDi antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan daya juang yang tinggi, beliau merupakan salah seorang perintis UMNOdan Ketua Kaum Ibu, UMNO

  • SEMANGAT PATRIOTISME GENERASI MUDA 





SEKIAN DARI KAMI..

NAMA AHLI KUMPULAN :-

KHAIRUN NAJIHA 


QAMRA BAHAROM

NURUL SHAZWANI


 







 












 
 
























   




5 comments:

  1. mohon izin untuk mengunakkan sumber ini . Terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam,sepatutnya dinyatakan sumber rujukan anda.

    ReplyDelete
  3. Wow.My brother,which in form two get the same question like you. wow

    ReplyDelete
  4. Pengarang majalah Pengasuh ialah Tok Kenali bukannya Nik Muhamad.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Ini sgt membantu saya dalam memahami sejarah bab 2 ting 5.

    ReplyDelete